kat sinilah aku rase paling nikmatnya belajar. dengan pensyarah-pensyarah nya yang sangat 'passion' dalam mendidik, sporting & sempoi, nak jumpa mudah, nak sembang-sembang pun seronok, nak kongsi masalah pun tak kisah. kawan-kawan yang pelbagai 'background', ramai & yang paling penting tak berkira, masalah pun kurang. K3S2P3 & K3S2P4 rindu uolls, masing-masing dah sibuk dan busy sekarang, whatsapp group pun dah senyap, takpelah, biasalah tu.
walaupun setahun je kat sini, tapi kesan, kenangan & suasana kat sana, seolah-olah sangat mendalam & terlekat dalam diri aku. beruntung sangat dapat belajar kat sini. rase macam pilihan yang paling tepat aku pernah buat, belajar dekat matrik kedah ni lah.
sekarang aku kat USM, hampir setahun kat sini. entah la kenapa, semangat nak belajar kat sini seolah-olah sangat kurang, takde 'passion'. nak exam pun belajar last minit (kat matrik tak macam ni oke). setiap kali kuliah pun, hmm entah le. pensyarah, sangat-sangat lain, membuatkan aku kurang semangat nak belajar. kawan-kawan, ramai, cuma masalah & konflik, sangat rumit, cara mereka berfikir pun, sangat kurang matang. subjek & pointer, takyah cakap la. menyedihkan. mengharapkan yang lebih baik untuk sesi yang akan datang. yang pointer hebat-hebat ni, diorang memang 'passion' belajar kat sini ke? pandangan aku tak pon. diorang hanyalah 'nerd' yang sangat rajin untuk bukak buku & belajar sendiri. tipulah kalau cakap student minat & seronok datang kuliah dengar pensyarah mengajar.
apa-apa pun, akhir sekali semuanya bergantung dekat diri aku jugakkan & yang paling penting hidup perlu diteruskan..
aku rindu suasana kolej matrikulasi kedah 13/14..
Kolej Matrikulasi Kedah, Changlun



No comments:
Post a Comment