Di dalam ucapannya, beliau menceritakan pengalaman hidupnya melalui 3 kesah. Kesah yang paling menarik bagi aku kesah yang pertama dan yang kedua, 'connecting the dots' dan 'love and loss'. Jadi ape yang menarik sangat tentang kesah dia ni?
Pertama beliau menceritakan tentang bagaimana setiap ape yang berlaku dalam kehidupan kita ni, saling berhubung kait. Bahagian yang paling menarik sekali apabila beliau berhenti daripada meneruskan pengajian ketika berumur 17 tahun. Kenapa? Sebab beliau merasakan perkara tersebut seolah-olah tidak mendatangkan ape2. Membazir duit. Tiada minat mungkin. Jadi lebih baik berhenti. Kemudian pada suatu hari beliau mengikuti kelas kaligrafi di mana beliau sangat mendalami. Kiranya masa ni dah jumpe minat la. 10 tahun kemudian, dengan apa yang dia belajar inilah lahirnya tulisan typografi komputer yang paling cantik
Kedua, apabila beliau dipecat daripada syarikat yang ditubuhkannya sendiri, Apple. Setelah dipecat, apa yang dia buat? Dengan semangat dan usaha yang ada, ditubuhkannya NeXT dan pixar. Syarikat animasi. Akhirnya, NeXT dibeli pula oleh syarikat Apple dan bermakna beliau telah kembali semula ke dalam syarikat yang asal, Apple.
Nampak tak hubungan setiap ape yang berlaku? Cantik dan teratur. Bermula dengan kegagalan, berusaha, mencari, dan akhirnya berjaya.
Sebagai orang Islam, inilah yang dinamakan qada dan qadar. Walaupun kita sudah usaha, kadang-kadang kita tak dapat jugak ape yang kite nak. Penting untuk kita ingat, setiap ape yang berlaku tak kira gagal atau tak, setiap itu saling berkait. Mungkin dengan kegagalan kita belajar sesuatu. Lebih tabah, lebih kuat, lebih berusaha, lebih bermotivasi, lebih banyak belajar. Jangan putus harapan, teruskan usaha dan mencari. Sebenarnya tuhan dah sediakan benda yang lebih untuk kita.
Itulah gunanya usaha dan tawakal.
No comments:
Post a Comment