Pagi tadi berkesempatan mendaki Bukit Tabur yang ketinggiannya lebih kurang 446m. Jadi, sebagai seorang pelajar geofizik, yang belajar geologi rasa seakan-akan rugi sekiranya tidak membuat sedikit catatan yang ringkas.
Menariknya Bukit Tabur ini, permukaan batunya banyak yang terdedah sepanjang pendakian ke puncak, tidak seperti Bukit Saga atau Bukit Broga, jadi dapat dilihat bahawa batu-batu seolah senget yang menunjukkan bahawa pada asalnya batu tersebut adalah mendatar, tetapi disebabkan beribu-ribu tahun dahulu malahan mungkin berjuta tahun dahulu, terdapat pergerakan tektonik yang berlaku sehingga menyebabkan batu itu senget sehingga 90 darjah (atau mungkin lebih). Seakan-akan begini, pada asalnya --- kemudian disebabkan pergerakan tektonik menjadi \ atau | atau / . Lapisan batuan quartz yang terdedah kepada permukaan juga dapat dilihat secara menjalar.
Ya, pembentukan Bukit Tabur ini seolah-olah menjalar sehinggakan boleh dibahagi kepada dua iaitu east & west (menjalar ke arah east & menjalar ke arah west). Sebab itu dikenali sebagai Klang Gates Quartz Ridge yang juga merupakan quartz ridge yang terpanjang di dunia sejauh 14km. Jadi, berdasarkan pemerhatian yang sangat dhaif, yang masih banyak kekurangan & mungkin juga kesilapan yang perlu diperbetulkan, dapat dikonklusikan bahawa bukit ini pada asalnya adalah permukaan yang mendatar, kemudiannya disebabkan pergerakan tektonik, batunya pada masa kini kelihatan seperti mencanak secara 90 darjah.
Sebenarnya catatan ini masih boleh dilanjutkan, ditulis secara terperinci & mendalam serta masih banyak yang boleh dikongsikan lagi. Cumanya penulisan ini hanyalah sekadar tatapan umum & bacaan ringan sahaja.




No comments:
Post a Comment